MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Cabaran Labuan uji skuad boling padang Sarawak

KUCHING: Sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma XV) di Pahang tahun ini, skuad boling padang Sarawak kini bersaing pada kejohanan boling padang kebangsaan di Labuan yang bermula semalam.

Menurut pegawai penyelaras sukan boling padang Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Sukiman Sela, seramai lima orang pemain diberi peluang untuk bersaing pada kejohanan itu.

“Walaupun kejohanan itu baru bermula namun saya yakin pemain-pemain negeri mampu memberikan persembahan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi di Labuan, semalam.

Malah beliau turut yakin bahawa semua pemain akan menunjukkan semangat perjuangan tinggi untuk memburu kemenangan.

Menurutnya, Sarawak mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan justeru beliau yakin semua pemain mampu beraksi dengan cemerlang.

“Kita yakin pemain-pemain boling padang negeri akan beraksi cemerlang sepanjang kejohanan itu bagi membawa balik kejayaan manis buat negeri ini,” katanya.

sumber : theborneopost.com