MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Atlet olahraga galas cabaran pingat emas.

LABUAN -- Atlet olahraga Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yakin dapat menggalas cabaran  kutipan pingat emas pada kejohanan Karnival Ko-Kurikulum Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia (KAKOM), bulan depan.

Prestasi cemerlang barisan atlet KML yang terpilih mewakili Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) pada kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SIPMA) menyuntik semangat pasukan olahraga KML,  bersaing dengan para atlet dari 14 buah kolej matrikulasi lain.

Ketua Teknikal kontinjen KML, Azrulnizam Yaacob memberitahu barisan atlet telah dikenalpasti untuk menggalas cabaran dalam semua acara balapan yang disertai.

“Pada karnival kali ini,  setiap kolej mengutamakan sasaran kutipan pingat menerusi sukan olahraga yang dipertandingkan dan KML yakin dapat meraih tujuh atau lebih pingat emas,” katanya.

Barisan atlet lelaki dan perempuan pasukan olahraga KML mengambil bahagian acara 100, 200, 400, 800 dan 1,500 meter serta 4x100 dan 4x400 meter.

Tahun ini,  KML menghantar 170 peserta termasuk pegawai teknikal ke Johor dengan anggaran perbelanjaan mencecah RM50 ribu.

sumber : dailymail.com.my