MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Pemuda Umno Labuan Hidupkan Aktiviti Belia

LABUAN, 15 Feb (Daiylmail) -- Pergerakan Pemuda Umno Labuan kini merangka pelbagai program belia sebagai usaha menghidupkan aktiviti belia di pulau ini.

Ketuanya Rafi Ali Hassan berkata program belia ini adalah selaras dengan agenda Perdana Menteri yang mahukan belia-belia di negara ini bersama dalam pembangunan kerajaan dalam pelbagai aspek.

Pelancaran program bersiri Konvoi Prihatin 1 Malaysia pada Sabtu dan Ahad lalu yang mendapat sambutan hangat dikalangan belia yang melihat kepada hampir 500 belia terlibat dalam aktiviti permotoran secara sihat dan sukan futsal sempena Hari Wilayah Persekutuan berjaya menoleh golongan belia secara positif kepada agenda kerajaan.

“Kita akan berusaha sedaya upaya untuk membawa dan mendekati belia di pulau untuk bersama kerajaan. Mereka ini adalah pelapis kepada pemimpin kerajaan dan parti politik akan dating. Kita harus mulakan sekarang dan bukan pada masa akhir kita tidak berupaya,” katanya.

Katanya inilah peluang yang patut diambil bagi menguatkan lagi sokongan anak muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan sekarang bahawa anak muda mudah terpengaruh dengan dakyah songsang dan negatif yang dibawa oleh pihak pembangkang terutamanya melalui dunia maya ini.

Pertandingan futsal akan melibatkan 90 pasukan dari kesemua 27 kampung di Labuan dijadualkan pada 17-19 Feb ini.

Sementara itu, katanya perjuangan serta pengorbanan besar para pemimpin dan ahli Umno sebelum ini bukan sahaja perlu dihayati, dihargai malah perlu diteruskan oleh pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis biar Umno menjadi nahkoda zaman yang akan terus melayari lautan kemajuan dan kemakmuran.

“ Kita telah melihat sepanjang tempoh itu Umno telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang sentiasa berdiri teguh dengan prinsip perjuangan asalnya di samping bersedia berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat”.

Rafi berkata bagi meneruskan perjuangan UMNO pastinya menuntut ahli-ahli parti agar sentiasa memelihara prinsip-prinsip asas perjuangan parti di samping bersedia melakukan perubahan sikap, minda dan pendekatan dalam memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat.

"Dengan kemajuan dan kemakmuran yang sediaada ini kita yakin dapat memajukan diri dan bangsa agar setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia serta mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemajuan pertiwi demi masa depan yang lebih gemilang untuk bangsa dan negara kita," katanya.

Menurut Rafi tanggungjawab ini sudah tentu akan diambil alih pemimpin muda sebagai pemimpin pelapis yang akan meneruskan agenda serta perjuangan parti oleh yang demikian menurut beliau pemimpin muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetuhan disamping membentuk gaya kepimpinan yang mencerminkan ketelusan perjuangan agar amanah serta tanggungjawab yang diberikan mampu dilaksanakan sebaik mungkin.

“ Sebagai pemimpin pelapis Pemuda perlu menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka dengan menolak nilai-nilai negetif yang boleh menjejaskan masa depan mereka dan masa depan negara,” katanya.

Katanya, pemimpin muda perlu menyahut tuntutan perubahan dengan iltizam dan semangat untuk memperkukuhkan Umno dan menjadikannya sebuah parti yang kekal relevan di sepanjang zaman adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang mesti digalas oleh semua pemimpin dan ahli Umno.

sumber : dailymail.com.my