MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

15/07: KURSUS PILIHANRAYA BN LABUAN

LABUAN: Seramai 200 pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Labuan akan menyertai kursus pemantapan pilihan raya pada 1 hingga 3 September di Manikar Beach Resort

Pengerusi BN Labuan, Datuk Hj Suhaili Abdul Rahman berkata kursus tiga hari itu akan dikendalikan Badan Perhubungan Umno dan BN Wilayah Persekutuan.

Katanya, kursus itu bertujuan untuk mengemas kini jentera pilihan raya BN Labuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan berkata pelbagai isu akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari Wilayah Persekutuan termasuk mengenai persiapan jentera pilihan raya dan strategi serta kempen menghadapi pilihan raya itu.

Suhaili berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Labuan di Manikar Beach Resort, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Yusuf Hj Mahal, Naib Ketua, Hj Yunus Kurus, Ketua Wanita, Hjh Aini Safar, Ketua Pemuda, Hj Bashir Alias dan Ketua Puteri, Rahimah Hj Lamat serta Setiausaha Bahagian, Sudin Samat.

Suhaili berkata ahli Umno di semua peringkat mesti bekerja keras untuk memastikan BN akan terus memenangi pilihan raya umum kawasan Labuan untuk membantu BN Wilayah Persekutuan mencapai kejayaan yang cemerlang pada pilihan raya itu.

Katanya, ahli Umno tidak seharusnya gusar mengenai calon BN kerana pemilihannya akan ditentukan pucuk pimpinan parti yang diterajui Pengerusi BN, yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

“Ahli Umno mesti membantu kemenangan BN tanpa mengira siapa saja calon yang ditetapkan pucuk pimpinan. Yang penting kemenangan BN bukannya individu atau calon itu sendiri,” katanya.

sumber : dailymail.com.my