MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

UMSKAL dinaik taraf

LABUAN 6 Mei - Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar bagi mening­katkan kemudahan di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Labuan (UMSKAL) demi keselesaan untuk tenaga pengajar dan pelajar di universiti tersebut pada masa depan.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah projek tersebut melibatkan pembinaan dewan kuliah pusat, naik taraf masjid, kafetaria, kolej kediaman, klinik kesihatan, perpustakaan dan pusat sukan serta rekreasi.

“Saya berharap semua warga universiti akan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin agar ia boleh digunakan untuk jangka masa panjang," katanya selepas mendengar taklimat pembangunan dan perkem­bangan semasa oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Ismail Ali di Bilik Seminar universiti itu di sini semalam.

Taklimat itu diadakan sempena la­watan sehari beliau untuk me­ninjau perkem­bangan semasa di UMSKAL sambil beramah mesra dengan warga universiti.

Mohd. Harun turut meninjau perkembangan pembangunan fizikal di UMSKAL sambil diiringi Ismail dan Ketua Bahagian Pemba­ngunan dan Penyelenggaraan, Md. Azri Awang Tanjong.

Sumber:Utusan malaysia