MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Keracunan akibat air pasang merah

FENOMENA air pasang merah disebabkan oleh organisma dinoflagellate. – Gambar hiasan


LABUAN – Dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai tanda-tanda keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau itu pada Khamis lalu.

Keracunan tersebut dipercayai berlaku apabila kerang-kerangan dicemari toksik akibat organisma dinoflagellate yang menyebabkan fenomena air pasang merah.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr. Ismail Ali berkata, dua wanita berusia 36 dan 59 tahun itu disahkan mempunyai gejala PSP selepas makan makanan laut.

“Kedua-dua mereka telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Labuan dan kini dilaporkan sihat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ismail memberitahu, gejala awal penyakit itu termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam jika gagal mendapatkan rawatan.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Source Kosmo