MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

JPJ pantau pergerakan trak lebih muatan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat memantau pergerakan kenderaan berat komersial yang didakwa mengangkut bahan pembinaan secara berlebihan.

Operasi di laluan utama khususnya di kawasan kampung dan zon perindustrian kerap dijalankan jabatan itu.

Ketua Penguatkuasa JPJ Labuan, Illias Abdullah berkata terdapat laporan trak dengan muatan berlebihan memasuki kawasan larangan di kawasan perindustrian serta merosakkan jalan kampung.

“Setakat yang kami tahu, syarikat pengangkutan sering mematuhi peraturan had maksimum 25,000 tan bagi setiap perjalanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, jalan yang rosak di Kampung Nagalang adalah disebabkan dilalui kenderaan berat sedangkan jalan itu dibina dengan had beban di bawah 10 tan.

"Kecuali pihak berkuasa tempatan menutup jalan itu daripada digunakan kenderaan berat, bahu jalan di kampung itu akan dikawal," katanya.

Penduduk di Kampung Nagalang mendakwa trak dengan lebihan muatan memasuki kampung itu untuk projek penambakan dan merosakkan jalan di situ.

“Kami juga memantau trak kotor yang mencemarkan jalan dengan lumpur. Mengikut undang-undang, tayar trak itu perlu dibersihkan sebelum memasuki jalan," katanya.

Bagaimanapun, katanya setakat ini belum ada syarikat yang didenda kerana mengotorkan jalan.

Sumber:Sinar harian