MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Jabatan Kesihatan Labuan rampas ubat tidak berdaftar

Jabatan Kesihatan Labuan merampas ubat-ubatan dan produk kosmetik yang tidak berdaftar bernilai kira-kira RM258,741 antara 2014 dan bulan lepas.   

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, 90 peratus daripada rampasan itu membabitkan penjualan ubat-ubatan dalam talian manakala yang lain dirampas dari premis di bandar itu.

Operasi itu membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kastam, Malaysia Airports Berhad dan ejen perkhidmatan kurier, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran pengguna mengenai risiko dan bahaya membeli ubat melalui internet," katanya.

Sumber:Sinar harian