MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Artis Undangan KL Menggegarkan Malam Konsert Di Ambang 2011

LABUAN, 1 Januari -- Penyanyi dan pelakon Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali, 26 yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur telah memeriahkan lagi malam Konsert Di Ambang 2011 di sini.

Dia yang mendendangkan beberapa buah lagu seperti Mimpi Laila dan Penantian berjaya menghiburkan para pengunjung yang datang, dengan aksi bersahajanya ketika membuat persembahan.

Bienda yang baru bergelar isteri pada hujung tahun 2010 ini percaya bahawa rezekinya dalam dunia hiburan ini sentiasa ada. Bienda yang ditemui wartawan Daily Mail di sini sempat berkongsi cerita mengenai perkembangan terbarunya yang membintangi Sakti Delima iaitu sebuah drama bersiri untuk Slot Lagenda, yang bakal ditayangkan pada malam ini di TV3.

Menurutnya dia telah diberikan kepercayaan oleh JS Production untuk memegang watak utama dalam drama sebagai Siti Melur. Tambahnya, dia sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk memegang  watak heroin di samping nama-nama besar dalam dunia lakonan seperti Sheila Rusly, Safura Ya’cob, Catriona Ross dan lain-lain lagi.

Bienda berharap masyarakat di luar sana dapat menyaksikan Drama Sakti Delima dan menerima secara positif lakonannya di dalam drama tersebut. Disamping itu beliau juga berharap tahun 20112011 ini bakal melakar sejarahnya yang tersendiri.

Pada malam itu juga, Bienda tidak keseorangan tetapi ditemani oleh dua rakan artis lelaki iaitu Syean dan Fauzan yang turut sama membintangi drama bersiri epic 20 episod itu.

Tahun 2011 ini bakal menyaksikan Syean yang sekian lama menyepikan diri, kini kembali dengan membintangi dua buah drama iaitu Sakti Delima dan Kerana Khilaf Itu.

Syean yang memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian bersama kumpulan X Factor pada tahun 2000, kemudian kumpulan Boys ‘R Us dan kini lebih lebih selesa dengan rezeki di bidang lakonan.

Manakala Fauzan yang memegang watak ayah kepada Faris iaitu lakonan Syean dalam Sakti Delima ini telah membintangi lebih 50 buah drama setelah sekian lama berkecimpung dalam industri perfileman di negara ini.

Menurut Fauzan drama ini secara tidak langsung menaikkan martabat serta golongan wanita yang betul-betul memakai tudung ketika di dalam atau di luar set penggambaran.

Apa yang menarik dalam drama ini, adalah kesemua 6 wanita bertudung ini akan tampil dengan kuasa sakti masing-masing. Ada yang jadi jahat dan ada jugak yang jadi baik.

Sakti Delima bakal ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 4.30 petang manakala slot siaran ulangan akan ditayangkan di TV9 pada jam 8.30 malam. Sama-sama kita saksikan Sakti Delima pada malam ini!

sumber : dailymail.com.my