MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Labuan

Artis sambut Hari Wilayah di Labuan

Artis-artis popular Saiful Apek, Amir Soffaz serta pemenang kategori Vokal Terbaik dan juara Anugerah Juara Lagu Ke-21, Adibah Noor akan bertemu peminat-peminat di Labuan.

Meraikan Hari Wilayah peringkat Labuan anjuran Perbadanan Labuan itu, artis-artis tersebut akan membuat persembahan di Dataran Labuan pada 5 Februari ini pukul 8 malam.

Selain persembahan artis, berbagai lagi persembahan lain turut diadakan bagi memeriahkan acara yang akan turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Labun, Datuk Zulhaznan Rafique itu. Ia termasuk persembahan bunga api, persembahan multimedia daripada RTM Labuan dan banyak lagi.

sumber : utusan.com.my